Pages

8/27/2012

TABURAN PENDUDUK

TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA TIDAK SEKATA.
•KEBANYAKAN PENDUDUK BERTUMPU DI LEMBAH SUNGAI,DATARAN,PINGGIR PANTAI DAN KAKI BUKIT.

KAWASAN BERPENDUDUK PADAT
•KAWASAN BERPENDUDUK PADAT DI MALAYSIA IALAH KAWASAN YANG MELEBIHI DARIPADA 200 ORANG SEKILOMETER PERSEGI.
•KAWASAN BERPENDUDUK ADALAH SEPERTI BERIKUT:
a)KAWASAN DATARAN DAN DELTA YANG BERTANIH ALUVIUM SUBUR.
b) BANDAR-BANDAR UTAMA YANG BERFUNGSI SEBAGAI IBU NEGERI,PUSAT PENTADBIRAN PUSAT KEWANGAN PUSAT PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN.
c)KAWASAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH
KAWASAN BERPENDUDUK SEDERHANA

•KAWASAN BERPENDUDUK SEDERHANA MEMPUNYAI PENDUDUK ANTARA 50 HINGGA 200 ORANG SEKILOMETER PERSEGI.
•KAWASAN UTAMA YANG BERPENDUDUK SEDERHANA IALAH:
a)KAWASAN PERTANIAN UTAMA.
b)BANDAR-BANDAR KECIL.
c)KAWASAN PERIKANAN UTAMA.
d)PANTAI BARAT DAN PANTAI TIMUR SABAH.
KAWASAN BERPENDUDUK JARANG

•KAWASAN INI MEMPUNYAI KURANG DARIPADA 50 ORANG SEKILOMETER PERSEGI.
•ANTARA KAWASAN BERPENDUDUK JARANG TERMASUKLAH:
a)KAWASAN BERGUNUNG-GANANG DAN BERHUTAN TEBAL.
b)KAWASAN BERPAYA.
FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
BENTUK MUKA BUMI

•KAWASAN TANAH PAMAH,DATARAN,DAN LEMBAH SUNGAI MERUPAKAN KAWASAN PADAT PENDUDUK.
•KAWASAN YANG BERSALIRAN BAIK.
•KAWASAN YANG BERGUNUNG-GANANG MEMPUNYAI TABURAN PENDUDUK YANG JARANG.
SUMBER MINERAL

•PELUANG PEKERJAAN.
•PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH.
•PERLOMBONGAN PETROLEUM DAN GAS ASLI.
PENGAKUTAN DAN PERHUBUNGAN

•MEMUDAHKAN PERGERAKAN PENDUDUK.
•MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN.
•PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN.

Maklumat Taburan Penduduk

Banci 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini memberikan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 2.0 peratus untuk tempoh 2000-2010. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000
Klik pada rajah di bawah untuk melihat maklumat taburan penduduk dengan lebih terperinci
jadual di atas adalah dalam fail "Portable Document Format" (PDF). Untuk membaca dokumen-dokumen tersebut, anda memerlukan perisian Acrobat Reader, yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini http://www.mpklang.gov.my/web/guest/taburan_penduduk

LAPORAN TABURAN PENDUDUK DAN CIRI-CIRI ASAS DEMOGRAFI 2010


1. Pendahuluan
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) merupakan banci kelima yang dilaksanakan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci sebelum ini telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Banci merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.
2. Ringkasan Penemuan

Banci 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini memberikan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 2.0 peratus untuk tempoh 2000-2010. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000 (Carta 2). Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah W. P. Putrajaya (17.8%), diikuti oleh Selangor (2.7%), Melaka (2.6%) dan Sabah (2.1%). Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4%), Perak (1.4%), W. P. Labuan (1.3%) dan Perlis (1.2%).
3. Taburan penduduk

Taburan penduduk mengikut negeri menunjukkan Selangor sebagai negeri yang mempunyai penduduk paling ramai (5.46 juta), diikuti oleh Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta). Sumbangan negeri tersebut kepada jumlah penduduk Malaysia ialah 42.4 peratus. Negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah W. P. Putrajaya (72,413) dan W. P. Labuan (86,908).
4. Kepadatan penduduk

Kepadatan penduduk Malaysia ialah 86 orang bagi setiap kilometer persegi pada tahun 2010 berbanding 71 orang pada tahun 2000. Kepadatan penduduk memberikan gambaran yang berbeza berbanding taburan penduduk. Selangor yang mempunyai penduduk paling ramai hanya menduduki tangga kelima dari segi kepadatan penduduk dengan 674 orang setiap kilometer persegi. Antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi ialah W. P. Kuala Lumpur (6,891 orang), Pulau Pinang (1,490 orang) dan W. P. Putrajaya (1,478 orang).
5. Urbanisasi

Seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71.0 peratus pada 2010 berbanding 62.0 peratus pada 2000 (Carta 5). Selain daripada W. P. Kuala Lumpur dan W. P. Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi adalah Selangor dan Pulau Pinang masing-masing 91.4 peratus dan 90.8 peratus (Carta 6). Sebaliknya, negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah ialah Kelantan (42.4%), Pahang (50.5%) dan Perlis (51.4%).
6. Komposisi etnik

Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%).
Di kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah.
7. Umur

Perkadaran penduduk Malaysia di bawah umur 15 tahun menurun kepada 27.6 peratus berbanding 33.3 peratus pada 2000. Sebaliknya, perkadaran penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) meningkat kepada 67.3 peratus daripada 62.8 peratus. Perkadaran penduduk berumur 65 tahun dan lebih juga bertambah kepada 5.1 peratus berbanding 3.9 peratus pada 2000. Ini menyebabkan umur penengah meningkat daripada 23.6 tahun pada 2000 kepada 26.2 tahun pada 2010, manakala nisbah tanggungan menurun daripada 59.2 peratus kepada 48.5 peratus. Trend indikator ini selari dengan peralihan struktur umur ke arah penuaan penduduk di Malaysia.
8. Nisbah jantina

Bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah jantina 106 (Carta 9). Situasi ini sama seperti yang diperoleh pada tahun 2000 (104). Nisbah lelaki berbanding perempuan secara relatifnya adalah tinggi bagi Pahang (113), Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), W. P. Labuan (107) dan Sarawak (106). Sebaliknya, bilangan lelaki kurang daripada perempuan bagi W. P. Putrajaya (89) dan Perlis (97) seperti ditunjukkan dalam Carta 10.
9. Taraf perkahwinan

Pada 2010, penduduk berumur 15 tahun dan lebih yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus. Perkadaran lelaki yang belum pernah berkahwin (37.8%) adalah lebih tinggi sedikit berbanding perempuan (32.2%). Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama masing-masing 59.8 peratus dan 59.4 peratus.
Umur min perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28.0 tahun berbanding 28.6 tahun pada 2000. Sebaliknya, umur bagi perempuan meningkat kepada 25.7 tahun berbanding 25.1 tahun pada 2000.
10. Agama

Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus. Sebagai negara berbilang kaum, antara agama lain yang dianuti adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%).

TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA


  • 1. TABURAN PENDUDUK NAMA: MUHD. FARISZUDDIN B. ABD.SAMAT KELAS: 2QAA MATAPELAJARAN: GEOGRAFI
  • 2. ISI KANDUNGAN PENGENALAN 3 KAWASAN TENTANG TABURAN PENDUDUK KAEDAH MENGIRA KEPADATAN PENDUDUK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPADATAN PENDUDUK DI MALAYSIA RUMUSAN
  • 3. PENGENALAN Jumlah penduduk negara Malaysia ialah 23.27 juta orang pada tahun 2000. Taburan penduduk di negara Malaysia tidak sekata. Ada tiga pola taburan yang nyata, iaitu padat, sederhana dan jarang.
  • 4. 3 KAWASAN TENTANG TABURAN PENDUDUK KAWASAN PENDUDUK PADAT KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA KAWASAN PENDUDUK JARANG
  • 5. KAWASAN PENDUDUK PADAT Kawasan yang berpenduduk padat mempunyai lebih 200 orang sekilometer persegi. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar,dataran dan delta sungai. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan seperti hospital,institusi pengajian tinggi,sistem pengangkutan dan perhbungan yang moden.
  • 6. CONTOH KAWASAN PENDUDUK PADAT IALAH: DATARAN KEDAH-PERLIS PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI DATARAN KELANTAN LEMBAH KINTA LEMBAH KLANG BANDAR-BANDAR BESAR SEPERTI KUALA LUMPUR,GEORGTOWN,JOHOR BAHRU,IPOH,KUCHING DAN KOTA KINABALU
  • 7. KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA Kawasan yang berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi. Kawasan ini terdapat di kawasan kaki bukit atau luar bandar. Kawasan ini juga disediakan dengan kemudahan awam, infrastruktur dan perkhidmatan.
  • 8. CONTOH-CONTOH KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA IALAH: LEMBAH SUNGAI PAHANG LEMBAH SUNGAI BARAM RANCANGAN TANAH FELDA SEPERTI JANGKA TIGA SEGI, PAHANG PEKAN-PEKAN KECIL SEPERTI PEKAN NANAS DAN TUARAN PANTAI BARAT SARAWAK DAN SABAH
  • 9. KAWASAN PENDUDUK JARANG Kawasan yang berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi. Kawasan ini termasuk kawasan pergunungan yang berhutan tebal, paya, dan pendalaman yang terpencil.
  • 10. CONTOH-CONTOH KAWASAN PENDUDUK JARANG IALAH: KAWASAN PEDALAMAN YANG BERGUNUNG-GANANG SEPERTI BANJARAN TITIWANGSA DAN BANJARAN TAHAN PENDALAMAN SABAH DAN SARAWAK SEPERTI BANJARAN CROCKER, BANJARAN HOSE DAN BANJARAN KAPUAS HULU KAWASAN PAYA DI PANTAI SARAWAK
  • 11. KAEDAH MENGIRA KEPADATAN PENDUDUK Kepadatan penduduk merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi. Kepadatan ini menentukan sama ada kawasan itu padat, sederhana, atau jarang. Pada tahun 2000, kepadatan penduduk negara Malaysia ialah 71 orang dalam satu kilometer persegi. Kepadatan penduduk dikira dengan membahagikan jumlah penduduk dengan luas kawasan tersebut. Misalnya, jumlah penduduk Wilayah Persekutuan Labuan ialah 76 067 orang dan keluasannya ialah 92 kilometer persegi. Jadi kepadatan penduduk Labuan ialah 827 orang dalam satu kilomater persegi.
  • 12. CARA-CARA PENGIRAAN KEPADATAN PENDUDUK Kepadatan = Jumlah Penduduk Keluasan = 76 067 orang 92 km ² = 827 orang sekm persegi Pengiraan Kepadatan Penduduk di W.P.Labuan
  • 13. KEPADATAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI DI NEGARA MALAYSIA 98 2 055 236 21 005 Perak 36 1 288 378 35 965 Pahang 129 859 924 6 684 Negeri Sembilan 385 635 791 1 652 Melaka 87 1 313 014 15 024 Kelantan 175 1 649 756 9 425 Kedah 144 2 740 625 18 987 Johor Kepadatan penduduk / km ² Jumlah Penduduk Keluasan Kilometer Persegi Negeri
  • 14. KEPADATAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA 257 204 450 795 Perlis 827 76 067 92 W.P.Labuan 3676 1 379 310 243 W.P.Kuala Lumpur 69 898 825 12 955 Terengganu 526 4 188 876 7 960 Selangor 17 2 071 506 124 450 Sarawak 35 2 603 485 73 619 Sabah 1332 1 373 449 1 031 Pulau Pinang Kepadatan penduduk/ km ² Jumlah Penduduk Keluasan Kilometer Persegi Negeri
  • 15. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK DI NEGARA MALAYSIA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK Bentuk muka bumi dan tanih Sosieokonomi Sumber mineral Perkhidmatan dan pendidikan Dasar kerajaan/ Governan Pengangkutan dan perhubungan
  • 16. BENTUK MUKA BUMI DAN TANIH Bentuk muka bumi mempengaruhi taburan penduduk di negara Malaysia. Kawasan tanah pamah,dataran dan lembah sungai di Semenanjung Malaysia mempunyai taburan penduduk padat. Kawasan-kawasan ini rata dan sesuai untuk penanaman padi,getah, dan kelapa sawit. Keadaan fizikal ini memudahakn pembinaan rumah, bangunan, industri, jalan raya dan jalan kereta api. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kelantan. Sebaliknya, kawasan tanah tinggi dan berpaya mempunyai taburan penduduk yang jarang. Kawasan ini tidak subur untuk pertanian dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan. Contohnya di Banjaran Titiwangsa dan sekitar Tasik Bera. Tanih aluvium yang terdapat dilembah-lembah sungai seperti Sungai Kelantan, Sungai Kedah dan Sungai Perak sesuai untuk penanaman padi. Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana. Tanih laterit yang terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun di Johor sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Kawasan-kawasan tanih laterit ini mempunyai taburan penduduk sederhana.
  • 17. SUMBER MINERAL Kawasan yang mempunyai sumber mineral seperti biji timah dan patroleum menjadi tumpuan penduduk. Penduduk bertumpu di sini kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan. Hasilnya, kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dengan kemudahan asas, infrastruktur dan perkhidmatan. Contohnya, suatu masa dahulu kawasan perlombongan bijih timah di Lembah Klang dan Lembah Kinta menjadi tumpuan penduduk. Kerteh, Miri, Bintulu dan Lutong pula berpenduduk padat kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan kawasan perlombongan petroluem.
  • 18. SOSIEKONOMI Faktor sosioekonomi mempengaruhi taburan penduduk. Sejak merdeka, sektor perindustrian di negara kita berkembang dengan pesat. Kawasan –kawasan perindustrian didirikan di beberapa tempat, terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Contohnya, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, Tasek di Perak dan Bayan Lepas di Pulau Pinang. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Taman–taman perumahan yang dibina di kawasan ini juga disediakan dengan infrastruktur yang baik. Dengan ini, kawasan perindustrian dan persekitaran menjadi tumpuan penduduk.
  • 19. PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN Sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik membawa kepada tumpuan penduduk berhampiran landasan kereta api dan jalan raya. Misalnya, di sepanjang landasan kereta api antara Taiping dengan Pelabuhan Sepetang di Perak dan antara Seremban dengan Port Dickson di Negeri Sembilan. Jalan raya dan jalan kereta api yang dibina di sepanjang barat Semenanjung Malaysia menyebabkan pembukaan ladang-ladang getah dan kelpa sawit. Kawasan ini berpenduduk sederhana padat. Pembinaan jalan raya di kawasan pendalaman Sabah juga mempengaruhi taburan penduduk. Jalan raya ini menghubungkan kawasan pendalaman dengan kota kinabalu di pantai barat dan Sandakan di pantai timur. Kesannya, semakin ramai penduduk di kawasan pendalaman bertumpu di tempat-tempat berhampiran dengan jalan raya ini, misalnya Telupid, Nalapak dan Ranau
  • 20. PERKHIDMATAN DAN PENDIDIKAN Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk. Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan. Sektor perkhidmatan dan pendidikan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. Oleh itu, bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu (perniagan dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi tumpuan penduduk. Selain itu, bandar-bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan.
  • 21. DASAR KERAJAAN/ GOVERNAN Dasar kerajaan juga mempengaruhi taburan penduduk di negara Mlaysia terutama di kawasan luar bandar. Pembukaan Kampung Baru pada masa Zaman Darurat (1948-1960) mewujudkan petempatan baru. Penduduk yang berselerak di kawasan luar bandar ditempatkan dalam kampung-kampung baru seperti Jinjang di Selangor dan Berpit di Seberang Perai, Pulau Pinang. Perlaksanan rancangan FELDA semenjak tahun 1960-an juga mempengaruhi taburan penduduk di kawasan luar bandar. FELDA mengggalkkan penduduk luar bandar berpindah ke ladang-ladang yang baru dibuka di kawasan luar bandar. Kawasan-kawasan ini mempunyai penduduk sederhana padat, contohnya Pekan Jengka Tiga Segi, Pahang. Dasar kerajaan ini menyebabkan penduduk yang bertaburan di kawasan luar bandar ditempatkan dalam satu petempatan yang terancang.
  • 22. RUMUSAN TABURAN PENDUDUK DI NEGARA MALAYSIA TABURAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TABURAN PADAT SEDERHANA BENTUK MUKA BUMI JARANG SUMBER MINERAL PERKHIDMATAN DAN PENDIDIKAN DASAR KERAJAAN / GOVERNAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN SOSIEOKONOMI

TABURAN PENDUDUK DI TERENGGANU

Antara tajuk penting ialah faktor-faktor yang mempengaruhi taburan dankepadatan penduduk dunia. Pada kali ini, calon-calon akan didedahkan pulakepada taburan dan kepadatan penduduk di rantau Asia, khususnya Malaysia.Taburan penduduk dunia berbeza-beza dari satu kawasak dengan satukawasan yang lain, disebabkan oleh faktor-faktor yang umumnya berkaitandengan faktor fizikal dan budaya di sesebuah kawasan. Sebagai contoh,taburan penduduk di Asia Tenggara berbeza dengan taburan penduduk dikawasan lain. Hal ini disebabkan cirri-ciri budaya dan fizikal yangmempengaruhinya berbeza. Asia Tenggara merupakan salah satu kawasanyang sesetengahnya berpenduduk padat. Tumpuan penduduk yang padatkebanyakannya bertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri yangtertentu sahaja.
TABURAN PENDUDUK DI ASIA TENGGARA
Kawasan Penduduk Padat
 
 
Di kawasan benua Asia Tenggara, tumpuan kawasan penduduk yang padatterletak di delta-delta sungai utama seperti delta Sungai Mekong. deltaSungai Merah, delta Sungai Chao Phraya dan delta Sungai Irrawady .
 
 
Faktor-faktor yang menyebabkan kawasan-kawasan ini berpenduduk padatia1ah:
 
 
Tanih jenis lanar yang subur sesuai untuk tanaman padi.
 
 
Adanya kemudahan pengairan, di mana padi boleh ditanam secara intensifuntuk menampung keperluan penduduk ramai.
 
 
Bentuk muka bumi yang landai sesuai untuk petempatan. dan aktivitipertanian.
 
 
Terdapat sungai-sungai utama yang digunakan sebagai jalan perhubungandan pengangkutan semula jadi yang murah.
 
 
Faktor sejarah - kawasan delta menjadi petempatan awal, dan pendudukbertumpu di sini.
 
 
Terdapat pelbagai kelebihan berbanding kawasan di peda1aman atau hulusungai.
 
 
Di kawasan delta terdapat banyak bandar utarna yang berkembang pesat.
 
Proses urbanisasi pesat sehingga menggalakkan migrasi desa ke kota.
 
 
Kota atau bandar menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan sehinggamenarik migrasi ke bandar.
 
 
Ibu negara menjadi tumpuan migran kerana wujudnya banyak peluangpekerjaan.
 
 
Terdapat pelbagai bentuk hiburan di kota yang menjadi tarikan penghijrah.
 
 
Kemudahan awam dan sosia1 seperti di bandar tidak didapati kawasan luarbandar.
 
Banyak pusat pendidikan terutamanya pusat-pusat pengajian tinggibertumpu di kota.
 
 
Kepesatan sektor industri di kota menarik banyak tenaga buruh.
 
 
Terdapat pelabuhan utama untuk import dan eksport contohnya Bangkokdan Pelabuhan Kelang menambahkan kepadatan penduduk.
 
 
Terdapat tanah gunung berapi lava bes yang subur untuk aktiviti pertanian

7/25/2012

Migrasi Penduduk Malysia




  1. Terdapat beberapa jenis migrasi dalaman di Negara Malaysia:
a)      Luar Bandar ke Bandar – 11.9%
b)      Luar Bandar ke luar Bandar – 4.0%
c)      Bandar ke Bandar – 67.5%
d)      Bandar ke Bandar – 18.5%
  1. Negeri yang paling banyak migran pada tahun 2000 ialah Selangor (60 941 orang) diikuti oleh Johor (31 552 orang), Pulau Pinang (29 735 orang) dan Kedah (22 530 orang).


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk

Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Bandar

  1. Peratus penduduk Bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% di antara tahun 1991 hingga 2001.
  2. Migrasi luar Bandar melibatkan pergerakan penduduk ke Bandar bagi mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan dan melanjutkan pelajaran.
  3. Kebanyakan penduduk berpindah ke Bandar, Bandar raya dan kawasan perindustrian.
  4. Faktor-faktor yang menggalakkan jenis migrasi penduduk ini ialahkestabilan politik, dasar kerajaan, peluang pekerjaan, kadar upah, kemudahan asas, peningkatan taraf pendidikan, keluarga dan bencana alam.
  5. Di Negara Malaysia, migrasi luar Bandar ke Bandar banyak berlaku selepas Negara mencapai kemerdekaan.
  6. Kestabilan Negara membolehkan kerajaan dengan pelbagai dasarnya membangunkan Negara dengan mengadakan pelbagai insentif pelaburan asing.
  7. Pelabur asing mendirikan banyak kilang dan hal ini menambahkan peluang pekerjaan dan menggalakkan perpindahan penduduk ke Bandar.
  8. Perkembangan Bandar-bandar utama di Negara Malaysia telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi.
  9. Banyak peluang pekerjaan wujud wujud dalam sector perkhidmatan, pelancongan dan kewangan, perniagaan, perindustrian, pembinaan dan pentadbiran di Bandar-bandar utama seperti Kuala LumpurGeorgetowndan Ipoh.
  10. Hal ini menyebabkan penduduk luar Bandar berpindah ke Bandar bagi mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.
  11. Kegiatan ekonomi terutamanya pertanian di kawasan luar Bandar adalah terhad.
  12. Kadar upah yang dberikan adalah rendah dan tidak tetap.
  13. Bandar raya Shah Alam, Georgetown dan Johor Bahru juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan ini menambahkan peluang pekerjaan.
  14. Penubuhan pusat pentadbiran di Putrajaya telah menggalakkan perpindahan penduduk ke pusat Bandar yang baru.
  15. Di kawasan Bandar, banyak terdapat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.
  16. Penduduk dari luar Bandar khususnya golongan remaja berpindah ke Bandar untuk melanjutkan pengajian mereka menetap si situ kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang baik.
  17. Di kawasan luar Bandar terutama di kawasan pedalaman kurang kemudahan asas seperti seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
  18. Di Bandar-bandar pula terdapat banyak kemudahan kesihatan, system perhubungan yang baik, pelbagai pusat rekreasi dan pusat beli-belah.


Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Luar Bandar

  1. Migrasi penduduk dari kawasan luar Bandar ke luar Bandar merupakan pergerakan yang berlaku antara negeri atau dalam negeri.
  2. Pergerakan jenis ini biasanya dikaitkan dengan pembukaan tanah rancangan oleh pihak kerajaan, khusus melalui FELDA.
  3. Tujuannya bagi mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.
  4. Hasil rancangan pembangunan tanah ini, berlakulah migrasi penduduk secara besar-besaran di kawasan luar Bandar ke kawasan pembukaan tanah tersebut.
  5. Menjelang tahun 1992, FELDA telah membuka 478 skim yang merangkumi 897 143 hektar tanah dan mewakili 16% daripada kawasan pertanian Negara.
  6. Jumlah keluarga yang dipindahkan ialah 117 491.
http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Perubahan Penduduk Negara Malaysia Pada Masa Depan


  1. Kadar kelahiran di Malaysia telah menurun kepada 4.4 orang pada tahun 2001.
  2. Keadaan ini menyebabkan kekurangan tenaga buruh khasnya dalam sector pertanian, perkhidmatan dan pembinaan.
  3. Keadaan ini menyebabkan kemasukan buruh asing bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja ini.
  4. Jangka hayat yang panjang menyebabkan peningkatan jumlah warga tua dan hal ini akan meningkatkan kos rawatan dan kesihatan.
  5. Langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul akibat ciri penduduk masa depan Malaysia adalah dengan menggalakkan pasangan suami isteri mempunyai keluarga besar bagi menambahkan jumlah penduduk.
  6. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja pada masa depan:
a)      Robot dapat digunakan
b)      Mengadakan perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak
c)      Meningkatkan usia persaraan
d)      Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi

http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html