Pages

7/25/2012

Faktor -faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia



1.       Taburan penduduk yang tidak sekata dipengaruhi oleh beberapa factor spt bentuk muka bumi, sejarah, kegiatan sosio-ekonomi, sumber mineral, pengangkutan dan sebagainya.


Bentuk Muka Bumi


  1. Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran, dan lembah sungai.
  2. Semenanjung Malaysia- penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari Perlis ke Taiping, Lembah Kinta ke Teluk Intan, Kuala Kubu ke Lembah Klang hingga Seremban, Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
  3. Sarawak- penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu.Sabah- penduduk bertumpu di sekitar di Kota Kinabalu.
  4. kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan.
  5. kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan kerana tanih aluviumnya subur.
  6. penanaman padi dijalankan di kawasan seperti ini.
Contoh- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan
  1. Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang krn banyak gunung-ganang dan hutan tebal.
  2. keadaan bentk bumi spt itu menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinaan adlh tinggi.
  3. namun, terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan peduduk spt di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang krn udaranya nyaman dan pemandangan yang indah menarik pelancong.


Sejarah

  1. Kawasan petempatan awal di Malaysia menjadi tumpuan penduduk.
  2. Petempatan awal terletak di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.
  3. Selat Melaka menjadi jalan perkapalan dan perdagangan yang penting yang menggalakkan perkembangan pelabuhan dan kegiatan perdagangan.
  4. Kawasan yang kaya dengan longgokan bijih timah telah menggalakkan kegiatan perlombongan dan tumpuan penduduk. Contoh- Taiping danIpoh.
  5. Pembukaan lading-ladang getah telah menggalakkan tumpuan penduduk terutama pekerja India.

Kegiatan Sosio-ekonomi

  1. perkembangan sector ekonomi serta pelbagai kemudahan yg disediakan di sesuatu kawasan mempengaruhi taburan penduduk.
  2. penduduk akn bertumpu di kawasan yg menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan yg memberikan keselesaan hidup.
  3. Contoh- kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Tanjung Karang.
  4. Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di sekitar Teluk Intan, Layang-layang dan Tawau.
  5. Kawasan perindustrian di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir Gudang, Paka dan Bintulu.
  6. Pusat perniagaan, kewangan dan perdagangan spt di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.


Sumber Mineral

  1. Kawasan yang mempunyai sumber mineral spt bijih timah, petroleum dan gas asli telah menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluan pekerjaan.
  2. Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dgn kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan.
  3. Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat drpd hasil perlombongan bijih timah.
  4. Contoh kawasan yg berkembang pesat hasil perlombongan bijih timah ialah Kuala LumpurIpoh, Taiping dan Seremban.
  5. Kuala Lumpur- mempunyai penduduk paling padat di Malaysia.
  6. Perlombongan gas asli dan petroleum di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.


Pengangkutan dan Perhubungan

  1. Kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan dan perhubungan yg baik mempunyai taburan penduduk yg padat.
  2. Di kawasan yg jaringan pengangkutannya kurang, taburan penduduknya adalah kurang padat.
  3. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membantu perkembangan perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
  4. Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan secara tidak langsung dan kepadatan penduduk di beberapa kawasan yang dihubungkan.
  5. Contoh- Sungai Petani, Jelapang, Senai dan Bukit Tengah.
  6. Di kawasan pedalaman, terdapat penduduk yang bertumpu di tempat-tempat yang berhampiran dengan jalan raya.
  7. Contoh- Nalapak dan Ranau, iaitu di sepanjang jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Sandakan.
  8. Penduduk juga bertumpu di kawasan Pelabuhan Klang dan lapangan terbang spt Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sepang.
-terdapat peluang pekerjaan dan perkhidmatan yg lain.


Perkhidmatan dan Pendidikan

  1. Aktiviti-aktiviti perkhidmatan spt pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.
  2. Hal ini menggalakkan tumpuan penduduk di Bandar-bandar spt Putrajaya(pentadbiran), Kota Kinabalu(pentadbiran dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron(pelancongan).
  3. Pembinaan pusat pengajian tinggi spt di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi juga telah menarik tumpuan penduduk di kawasan tersebut.


Dasar Kerajaan/Goverman

  1. Kerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sector perdagangan dan perindustrian.
  2. Antaranya- Dasar Perindustrian Negara(DPN) dan Dasar Pertanian Negara.
  3. DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yg menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian terancang.
  4. Contoh- Sungai Way, Telok Panglima Garang, Bayan Lepas, Perai, Jelapang, Kinta, Sama Jaya, Pasir Gudang, Telok Kalong, dan Kemaman.
  5. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan byk peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk.
  6. Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka kawasan baru untuk pertanian.
  7. Contoh- penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), beberapa kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di Terenggan.
  8. Perpindahan penduduk ke kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut.
  9. Pada zaman darurat(1948-1960) penduduk yg tinggal di pedalaman telah dipindahkan ke   kampong-kampung baru yang mewujudkan petempatan spt di Jinjang dan Berapit.


http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

No comments:

Post a Comment