Pages

8/27/2012

TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA


  • 1. TABURAN PENDUDUK NAMA: MUHD. FARISZUDDIN B. ABD.SAMAT KELAS: 2QAA MATAPELAJARAN: GEOGRAFI
  • 2. ISI KANDUNGAN PENGENALAN 3 KAWASAN TENTANG TABURAN PENDUDUK KAEDAH MENGIRA KEPADATAN PENDUDUK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPADATAN PENDUDUK DI MALAYSIA RUMUSAN
  • 3. PENGENALAN Jumlah penduduk negara Malaysia ialah 23.27 juta orang pada tahun 2000. Taburan penduduk di negara Malaysia tidak sekata. Ada tiga pola taburan yang nyata, iaitu padat, sederhana dan jarang.
  • 4. 3 KAWASAN TENTANG TABURAN PENDUDUK KAWASAN PENDUDUK PADAT KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA KAWASAN PENDUDUK JARANG
  • 5. KAWASAN PENDUDUK PADAT Kawasan yang berpenduduk padat mempunyai lebih 200 orang sekilometer persegi. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar,dataran dan delta sungai. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan seperti hospital,institusi pengajian tinggi,sistem pengangkutan dan perhbungan yang moden.
  • 6. CONTOH KAWASAN PENDUDUK PADAT IALAH: DATARAN KEDAH-PERLIS PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI DATARAN KELANTAN LEMBAH KINTA LEMBAH KLANG BANDAR-BANDAR BESAR SEPERTI KUALA LUMPUR,GEORGTOWN,JOHOR BAHRU,IPOH,KUCHING DAN KOTA KINABALU
  • 7. KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA Kawasan yang berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi. Kawasan ini terdapat di kawasan kaki bukit atau luar bandar. Kawasan ini juga disediakan dengan kemudahan awam, infrastruktur dan perkhidmatan.
  • 8. CONTOH-CONTOH KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA IALAH: LEMBAH SUNGAI PAHANG LEMBAH SUNGAI BARAM RANCANGAN TANAH FELDA SEPERTI JANGKA TIGA SEGI, PAHANG PEKAN-PEKAN KECIL SEPERTI PEKAN NANAS DAN TUARAN PANTAI BARAT SARAWAK DAN SABAH
  • 9. KAWASAN PENDUDUK JARANG Kawasan yang berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi. Kawasan ini termasuk kawasan pergunungan yang berhutan tebal, paya, dan pendalaman yang terpencil.
  • 10. CONTOH-CONTOH KAWASAN PENDUDUK JARANG IALAH: KAWASAN PEDALAMAN YANG BERGUNUNG-GANANG SEPERTI BANJARAN TITIWANGSA DAN BANJARAN TAHAN PENDALAMAN SABAH DAN SARAWAK SEPERTI BANJARAN CROCKER, BANJARAN HOSE DAN BANJARAN KAPUAS HULU KAWASAN PAYA DI PANTAI SARAWAK
  • 11. KAEDAH MENGIRA KEPADATAN PENDUDUK Kepadatan penduduk merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi. Kepadatan ini menentukan sama ada kawasan itu padat, sederhana, atau jarang. Pada tahun 2000, kepadatan penduduk negara Malaysia ialah 71 orang dalam satu kilometer persegi. Kepadatan penduduk dikira dengan membahagikan jumlah penduduk dengan luas kawasan tersebut. Misalnya, jumlah penduduk Wilayah Persekutuan Labuan ialah 76 067 orang dan keluasannya ialah 92 kilometer persegi. Jadi kepadatan penduduk Labuan ialah 827 orang dalam satu kilomater persegi.
  • 12. CARA-CARA PENGIRAAN KEPADATAN PENDUDUK Kepadatan = Jumlah Penduduk Keluasan = 76 067 orang 92 km ² = 827 orang sekm persegi Pengiraan Kepadatan Penduduk di W.P.Labuan
  • 13. KEPADATAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI DI NEGARA MALAYSIA 98 2 055 236 21 005 Perak 36 1 288 378 35 965 Pahang 129 859 924 6 684 Negeri Sembilan 385 635 791 1 652 Melaka 87 1 313 014 15 024 Kelantan 175 1 649 756 9 425 Kedah 144 2 740 625 18 987 Johor Kepadatan penduduk / km ² Jumlah Penduduk Keluasan Kilometer Persegi Negeri
  • 14. KEPADATAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA 257 204 450 795 Perlis 827 76 067 92 W.P.Labuan 3676 1 379 310 243 W.P.Kuala Lumpur 69 898 825 12 955 Terengganu 526 4 188 876 7 960 Selangor 17 2 071 506 124 450 Sarawak 35 2 603 485 73 619 Sabah 1332 1 373 449 1 031 Pulau Pinang Kepadatan penduduk/ km ² Jumlah Penduduk Keluasan Kilometer Persegi Negeri
  • 15. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK DI NEGARA MALAYSIA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK Bentuk muka bumi dan tanih Sosieokonomi Sumber mineral Perkhidmatan dan pendidikan Dasar kerajaan/ Governan Pengangkutan dan perhubungan
  • 16. BENTUK MUKA BUMI DAN TANIH Bentuk muka bumi mempengaruhi taburan penduduk di negara Malaysia. Kawasan tanah pamah,dataran dan lembah sungai di Semenanjung Malaysia mempunyai taburan penduduk padat. Kawasan-kawasan ini rata dan sesuai untuk penanaman padi,getah, dan kelapa sawit. Keadaan fizikal ini memudahakn pembinaan rumah, bangunan, industri, jalan raya dan jalan kereta api. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kelantan. Sebaliknya, kawasan tanah tinggi dan berpaya mempunyai taburan penduduk yang jarang. Kawasan ini tidak subur untuk pertanian dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan. Contohnya di Banjaran Titiwangsa dan sekitar Tasik Bera. Tanih aluvium yang terdapat dilembah-lembah sungai seperti Sungai Kelantan, Sungai Kedah dan Sungai Perak sesuai untuk penanaman padi. Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana. Tanih laterit yang terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun di Johor sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Kawasan-kawasan tanih laterit ini mempunyai taburan penduduk sederhana.
  • 17. SUMBER MINERAL Kawasan yang mempunyai sumber mineral seperti biji timah dan patroleum menjadi tumpuan penduduk. Penduduk bertumpu di sini kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan. Hasilnya, kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dengan kemudahan asas, infrastruktur dan perkhidmatan. Contohnya, suatu masa dahulu kawasan perlombongan bijih timah di Lembah Klang dan Lembah Kinta menjadi tumpuan penduduk. Kerteh, Miri, Bintulu dan Lutong pula berpenduduk padat kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan kawasan perlombongan petroluem.
  • 18. SOSIEKONOMI Faktor sosioekonomi mempengaruhi taburan penduduk. Sejak merdeka, sektor perindustrian di negara kita berkembang dengan pesat. Kawasan –kawasan perindustrian didirikan di beberapa tempat, terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Contohnya, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, Tasek di Perak dan Bayan Lepas di Pulau Pinang. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Taman–taman perumahan yang dibina di kawasan ini juga disediakan dengan infrastruktur yang baik. Dengan ini, kawasan perindustrian dan persekitaran menjadi tumpuan penduduk.
  • 19. PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN Sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik membawa kepada tumpuan penduduk berhampiran landasan kereta api dan jalan raya. Misalnya, di sepanjang landasan kereta api antara Taiping dengan Pelabuhan Sepetang di Perak dan antara Seremban dengan Port Dickson di Negeri Sembilan. Jalan raya dan jalan kereta api yang dibina di sepanjang barat Semenanjung Malaysia menyebabkan pembukaan ladang-ladang getah dan kelpa sawit. Kawasan ini berpenduduk sederhana padat. Pembinaan jalan raya di kawasan pendalaman Sabah juga mempengaruhi taburan penduduk. Jalan raya ini menghubungkan kawasan pendalaman dengan kota kinabalu di pantai barat dan Sandakan di pantai timur. Kesannya, semakin ramai penduduk di kawasan pendalaman bertumpu di tempat-tempat berhampiran dengan jalan raya ini, misalnya Telupid, Nalapak dan Ranau
  • 20. PERKHIDMATAN DAN PENDIDIKAN Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk. Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan. Sektor perkhidmatan dan pendidikan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. Oleh itu, bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu (perniagan dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi tumpuan penduduk. Selain itu, bandar-bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan.
  • 21. DASAR KERAJAAN/ GOVERNAN Dasar kerajaan juga mempengaruhi taburan penduduk di negara Mlaysia terutama di kawasan luar bandar. Pembukaan Kampung Baru pada masa Zaman Darurat (1948-1960) mewujudkan petempatan baru. Penduduk yang berselerak di kawasan luar bandar ditempatkan dalam kampung-kampung baru seperti Jinjang di Selangor dan Berpit di Seberang Perai, Pulau Pinang. Perlaksanan rancangan FELDA semenjak tahun 1960-an juga mempengaruhi taburan penduduk di kawasan luar bandar. FELDA mengggalkkan penduduk luar bandar berpindah ke ladang-ladang yang baru dibuka di kawasan luar bandar. Kawasan-kawasan ini mempunyai penduduk sederhana padat, contohnya Pekan Jengka Tiga Segi, Pahang. Dasar kerajaan ini menyebabkan penduduk yang bertaburan di kawasan luar bandar ditempatkan dalam satu petempatan yang terancang.
  • 22. RUMUSAN TABURAN PENDUDUK DI NEGARA MALAYSIA TABURAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TABURAN PADAT SEDERHANA BENTUK MUKA BUMI JARANG SUMBER MINERAL PERKHIDMATAN DAN PENDIDIKAN DASAR KERAJAAN / GOVERNAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN SOSIEOKONOMI

No comments:

Post a Comment