Pages

7/25/2012

Migrasi Penduduk Malysia




  1. Terdapat beberapa jenis migrasi dalaman di Negara Malaysia:
a)      Luar Bandar ke Bandar – 11.9%
b)      Luar Bandar ke luar Bandar – 4.0%
c)      Bandar ke Bandar – 67.5%
d)      Bandar ke Bandar – 18.5%
  1. Negeri yang paling banyak migran pada tahun 2000 ialah Selangor (60 941 orang) diikuti oleh Johor (31 552 orang), Pulau Pinang (29 735 orang) dan Kedah (22 530 orang).


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk

Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Bandar

  1. Peratus penduduk Bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% di antara tahun 1991 hingga 2001.
  2. Migrasi luar Bandar melibatkan pergerakan penduduk ke Bandar bagi mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan dan melanjutkan pelajaran.
  3. Kebanyakan penduduk berpindah ke Bandar, Bandar raya dan kawasan perindustrian.
  4. Faktor-faktor yang menggalakkan jenis migrasi penduduk ini ialahkestabilan politik, dasar kerajaan, peluang pekerjaan, kadar upah, kemudahan asas, peningkatan taraf pendidikan, keluarga dan bencana alam.
  5. Di Negara Malaysia, migrasi luar Bandar ke Bandar banyak berlaku selepas Negara mencapai kemerdekaan.
  6. Kestabilan Negara membolehkan kerajaan dengan pelbagai dasarnya membangunkan Negara dengan mengadakan pelbagai insentif pelaburan asing.
  7. Pelabur asing mendirikan banyak kilang dan hal ini menambahkan peluang pekerjaan dan menggalakkan perpindahan penduduk ke Bandar.
  8. Perkembangan Bandar-bandar utama di Negara Malaysia telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi.
  9. Banyak peluang pekerjaan wujud wujud dalam sector perkhidmatan, pelancongan dan kewangan, perniagaan, perindustrian, pembinaan dan pentadbiran di Bandar-bandar utama seperti Kuala LumpurGeorgetowndan Ipoh.
  10. Hal ini menyebabkan penduduk luar Bandar berpindah ke Bandar bagi mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.
  11. Kegiatan ekonomi terutamanya pertanian di kawasan luar Bandar adalah terhad.
  12. Kadar upah yang dberikan adalah rendah dan tidak tetap.
  13. Bandar raya Shah Alam, Georgetown dan Johor Bahru juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan ini menambahkan peluang pekerjaan.
  14. Penubuhan pusat pentadbiran di Putrajaya telah menggalakkan perpindahan penduduk ke pusat Bandar yang baru.
  15. Di kawasan Bandar, banyak terdapat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.
  16. Penduduk dari luar Bandar khususnya golongan remaja berpindah ke Bandar untuk melanjutkan pengajian mereka menetap si situ kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang baik.
  17. Di kawasan luar Bandar terutama di kawasan pedalaman kurang kemudahan asas seperti seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
  18. Di Bandar-bandar pula terdapat banyak kemudahan kesihatan, system perhubungan yang baik, pelbagai pusat rekreasi dan pusat beli-belah.


Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Luar Bandar

  1. Migrasi penduduk dari kawasan luar Bandar ke luar Bandar merupakan pergerakan yang berlaku antara negeri atau dalam negeri.
  2. Pergerakan jenis ini biasanya dikaitkan dengan pembukaan tanah rancangan oleh pihak kerajaan, khusus melalui FELDA.
  3. Tujuannya bagi mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.
  4. Hasil rancangan pembangunan tanah ini, berlakulah migrasi penduduk secara besar-besaran di kawasan luar Bandar ke kawasan pembukaan tanah tersebut.
  5. Menjelang tahun 1992, FELDA telah membuka 478 skim yang merangkumi 897 143 hektar tanah dan mewakili 16% daripada kawasan pertanian Negara.
  6. Jumlah keluarga yang dipindahkan ialah 117 491.
http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Perubahan Penduduk Negara Malaysia Pada Masa Depan


  1. Kadar kelahiran di Malaysia telah menurun kepada 4.4 orang pada tahun 2001.
  2. Keadaan ini menyebabkan kekurangan tenaga buruh khasnya dalam sector pertanian, perkhidmatan dan pembinaan.
  3. Keadaan ini menyebabkan kemasukan buruh asing bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja ini.
  4. Jangka hayat yang panjang menyebabkan peningkatan jumlah warga tua dan hal ini akan meningkatkan kos rawatan dan kesihatan.
  5. Langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul akibat ciri penduduk masa depan Malaysia adalah dengan menggalakkan pasangan suami isteri mempunyai keluarga besar bagi menambahkan jumlah penduduk.
  6. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja pada masa depan:
a)      Robot dapat digunakan
b)      Mengadakan perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak
c)      Meningkatkan usia persaraan
d)      Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi

http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Migrasi



  1. Migrasi ialah proses penghijrahan(perpindahan) penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  2. Terdapat dua jenis migrasi; migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
  3. Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan penduduk, manakala kawasan yang penduduknya keluar akan mengalami kekurangan penduduk.
  4. Migrasi dipengaruhi oleh factor tarikan dan factor tolakan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi

  1. Faktor-faktor yang mepengaruhi migrasi di Malaysia ialah keadaan politik yang stabil, banyak peluang pekerjaan dan kekurangan tenaga pekerja.
  2. Faktor tarikan yang menarik pelaburan asing dan pekerja asing keMalaysia ialah keadaan politik ang stabil.
  3. Peluang pekerjaan yang banyak dalam sector pertanian, perindustrian dan pembinaan telah menyebabkan kemasukan banyak buruh asing(imigran) ke Negara Malaysia.
  4. Terdapat dua golongan imigran yang bekerja di Malaysia iaitu pekerja mahir(ikhtisas) dan pekerja tidak mahir.
  5. Pekerja mahir bekerja dalam bidang perubatan, pendidikan, pengurusan dan pembinaan.
  6. Pekerja tidak mahir bekerja sebagai buruh kontrak dalam sector pertanian, pembinaan dan sebagai pembantu rumah.
  7. Faktor tolakan yang menyebabkan penduduk Negara Malaysia berhijrah ke luar Negara ialah peluang pekerjaan yang lebih baik di Negara lain.
  8. Emigran ini terdiri daripada golongan professional seperti doctor, jurutera, akauntan, peniaga dan pesara. Mereka berhijrah ke AustraliaKanada,Britain, Amerika Syarikat dan New Zealand.
  9. Emigran ini terdiri juga daripada golongan pekerja separuh mahir dan mahir. Mereka bekerja di Singapura, Negara Asia Barat(seperti Arab Saudi), Jepun dan Taiwan.
  10. Migrasi dalaman berlaku apabila penduduk berhijrah dari satu kawasan atau negeri ke kawasan lain atau negeri dalam Negara.
  11. Jenis migrasi juga mempengaruhi mempengaruhi perubahan penduduk di sesebuah daerah atau negeri.
  12. Kawasan yang mengalami migrasi keluar penduduk akan mempunyai penduduk yang berkurang.
  13. Kawasan yang mengalami migrasi masuk penduduk akan mempunyai pertambahan penduduk.
  14. Di Bandar, terdapat factor tarikan, iaitu banyak peluang pekerjaan, perkhidmatan social yang lebih baik, kemudahan awam dan peluang pendidikan tinggi.
  15. Penghijrahan dari luar Bandar dan Bandar kecil ke Bandar besar disebabkan oleh factor tolakan seperti kekurangan pekerjaan, tanah, perkhidmatan social dan kemudahan asas di tempat asal.

http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Kadar kematian



  1. Kadar kematian iaitu jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kaedah untuk mengira kadar kematian kasar ialah:

Kadar kematian kasar

         Jumlah kematian dalam setahun
=--------------------------------------------------   x 1000
  Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

  1. Kadar kematian kasar Negara Malaysia telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1980.
  2. Pada tahun 1980 terdapat 6.4 kematian bagi setiap 1000, pada tahun 2001 penduduk dan kadar kematian menurun kepada 4.4.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kematian

  1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian ialah taraf kesihatan dan kemajuan perubatan, dasar kerajaan(kawalan penyakit), bekalan makanan, wabak penyakit, taraf hidup, taraf pendidikan dan bencana alam.
  2. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik bagi mengurangkan kadar kematian.
  3. Contohnya, kawalan penyakit, rawatan ibu mengandung dan suntikan imunisasi.
  4. Suntikan awal seperti BCG (untuk batuk kering) dan Hepatitis B diberikan kepada bayi, manakala suntikan tetanus dan cacar diberikan kepada kanak-kanak dan murid.
  5. Wabak penyakit seperti demam denggi, taun dan batuk kering dapat dikawal dan diubati dengan kemajuan dalam bidang perubatan.
  6. Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan disediakan di luar Bandar.
  7. Kerajaan berusaha untuk menambahkan bilangan kakitangan perubatan.
  8. Pertambahan bilangan hospital kerajaan dan swasta juga telah meningkatkan kemudahan rawatan pakar.
  9. Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar bagi menjauhi penyakit dan menjaga kesihatan.
  10. Taraf pendidikan yang tinggi di kalangan penduduk memberikan kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan.
  11. Mereka semakin mengutamakan kesihatan dalam kehidupan.
  12. Kemajuan ekonomi Negara Malaysia telah membolehkan penduduk Negara ini menikmati taraf hidup rakyat yang mampu memperoleh rawatan kesihatan dan makanan yang sempurna.
  13. Keadaan politik yang stabil menyebabkan penduduk dapat hidup dalam suasana aman. Peperangan yang berlaku di sesetengah Negara menyebabkan peningkatan kadar kematian.
  14. Kadar kematian akibat bencana alam seperti banjir dan tsunami diMalaysia adalah sedikit.
  15. Bekalan air bersih, system pembetungan dan sampah yang teratur dapat menghindari penyakit dan menurunkan kadar kematian.
  16. Kempen anti-merokok, serta kempen kesedaran tentang penyakit AIDS, SARS dan kempen bahaya kencing manis diadakan melalui media massaoleh kerajaan.
  17. Kemudahan perubatan dan kesihatan serta pemakanan yang baik dan seimbang telah memanjangkan jangka hayat penduduk Malaysia.
  18. Rantau Asia Tenggara mengalami pertambahan penduduk yang tinggi dari tahun 1950 hingga 1975 kerana kadar kelahiran yang tinggi dan taraf kesihatan yang bertambah baik.
http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Kadar kelahiran



  1. Kadar kelahiran diperoleh dgn membandingkan jumlah kelahiran bayi dgn jumlah penduduk pd pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kadar ini disebut sebagai kadar kelahiran kasar.
  3. Kaedah untuk mengira kadar kelahiran kasar:

Kadar kelahiran kasar
          Jumlah kelahiran dalam setahun
= -------------------------------------------------- x 1000
   Jumlah penduduk pada pertengahan tahun



Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran

  1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran; Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama.
  2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.
  3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara.
  4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.
  5. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan kemudahan asas yang telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.
  6. Kini, kaum wanita banyak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan menjawat jawatan tinggi.
  7. Kebanyakan daripada mereka lewat berkahwin dan hal ini menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan mengurangkan kadar kelahiran.
  8. Keadaan ekonomi yang stabil dan baikdi Negara kita telah menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf kehidupan.
  9. Pasangan suami isteri mengamalkan perancangan keluarga untuk menjarakkan kadar kelahiran.
  10. Oleh itu, kadar kelahiran bayi dapat dikurangkan dan mengehadkan saiz keluarga.
  11. Banyak penduduk Malaysia yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang lebih tinggi, mengamalkan perancangan keluarga.
  12. Faktor sosiobudaya dan agama juga mempengaruhi kadar kematian.
  13. Sesetengah masyarakat percaya bahawa semakin banyak anak, rezeki keluarga tersebut akan bertambah. Pemikiran ini akan meningkatkan kadar kelahiran.
  14. Sebilangan masyarakat merancang saiz keluarga kecil untuk memberikan kehidupan yang berkualiti.
  15. Pada umumnya, setiap agama di Negara Malaysia menggalakkan penganutnya mempunyai banyak anak.
  16. Hal ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan saiz keluarga akan bertambah besar.
http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia



  1. Sesebuah Negara mengalami perubahan dari semasa ke semasa.
  2. Perubahan ini menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau static(tidak berubah) dalam setahun.
  3. Jumlah penduduk Negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000.
  4. Perubahan ini adlh akibat pertambahan semula jadi dan migrasi.
  5. Pertambahan semula jadi berkaitan dgn kadar kelahiran dan kadar kematian.
  6. Kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi adlh factor-factor yg mempengaruhi perubahan jumlah penduduk dalam sesebuah Negara.
  7. Faktor migrasi dibahagikan kepada 2; imigrasi dan emigrasi.
  8. Jumlah penduduk akn bertambah apabila jumlah orang masuk ke dalam Negara(imigrasi) melebihi jumlah orang yg keluar dr Negara(emigrasi).
  9. Imigrasi- perpindahan masuk penduduk dr luar Negara ke NegaraMalaysia.
  10. Emigasi- perpindahan keluar penduduk Negara Malaysia ke luar Negara.

http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Faktor -faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia



1.       Taburan penduduk yang tidak sekata dipengaruhi oleh beberapa factor spt bentuk muka bumi, sejarah, kegiatan sosio-ekonomi, sumber mineral, pengangkutan dan sebagainya.


Bentuk Muka Bumi


  1. Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran, dan lembah sungai.
  2. Semenanjung Malaysia- penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari Perlis ke Taiping, Lembah Kinta ke Teluk Intan, Kuala Kubu ke Lembah Klang hingga Seremban, Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
  3. Sarawak- penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu.Sabah- penduduk bertumpu di sekitar di Kota Kinabalu.
  4. kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan.
  5. kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan kerana tanih aluviumnya subur.
  6. penanaman padi dijalankan di kawasan seperti ini.
Contoh- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan
  1. Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang krn banyak gunung-ganang dan hutan tebal.
  2. keadaan bentk bumi spt itu menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinaan adlh tinggi.
  3. namun, terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan peduduk spt di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang krn udaranya nyaman dan pemandangan yang indah menarik pelancong.


Sejarah

  1. Kawasan petempatan awal di Malaysia menjadi tumpuan penduduk.
  2. Petempatan awal terletak di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.
  3. Selat Melaka menjadi jalan perkapalan dan perdagangan yang penting yang menggalakkan perkembangan pelabuhan dan kegiatan perdagangan.
  4. Kawasan yang kaya dengan longgokan bijih timah telah menggalakkan kegiatan perlombongan dan tumpuan penduduk. Contoh- Taiping danIpoh.
  5. Pembukaan lading-ladang getah telah menggalakkan tumpuan penduduk terutama pekerja India.

Kegiatan Sosio-ekonomi

  1. perkembangan sector ekonomi serta pelbagai kemudahan yg disediakan di sesuatu kawasan mempengaruhi taburan penduduk.
  2. penduduk akn bertumpu di kawasan yg menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan yg memberikan keselesaan hidup.
  3. Contoh- kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Tanjung Karang.
  4. Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di sekitar Teluk Intan, Layang-layang dan Tawau.
  5. Kawasan perindustrian di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir Gudang, Paka dan Bintulu.
  6. Pusat perniagaan, kewangan dan perdagangan spt di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.


Sumber Mineral

  1. Kawasan yang mempunyai sumber mineral spt bijih timah, petroleum dan gas asli telah menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluan pekerjaan.
  2. Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dgn kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan.
  3. Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat drpd hasil perlombongan bijih timah.
  4. Contoh kawasan yg berkembang pesat hasil perlombongan bijih timah ialah Kuala LumpurIpoh, Taiping dan Seremban.
  5. Kuala Lumpur- mempunyai penduduk paling padat di Malaysia.
  6. Perlombongan gas asli dan petroleum di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.


Pengangkutan dan Perhubungan

  1. Kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan dan perhubungan yg baik mempunyai taburan penduduk yg padat.
  2. Di kawasan yg jaringan pengangkutannya kurang, taburan penduduknya adalah kurang padat.
  3. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membantu perkembangan perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
  4. Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan secara tidak langsung dan kepadatan penduduk di beberapa kawasan yang dihubungkan.
  5. Contoh- Sungai Petani, Jelapang, Senai dan Bukit Tengah.
  6. Di kawasan pedalaman, terdapat penduduk yang bertumpu di tempat-tempat yang berhampiran dengan jalan raya.
  7. Contoh- Nalapak dan Ranau, iaitu di sepanjang jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Sandakan.
  8. Penduduk juga bertumpu di kawasan Pelabuhan Klang dan lapangan terbang spt Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sepang.
-terdapat peluang pekerjaan dan perkhidmatan yg lain.


Perkhidmatan dan Pendidikan

  1. Aktiviti-aktiviti perkhidmatan spt pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.
  2. Hal ini menggalakkan tumpuan penduduk di Bandar-bandar spt Putrajaya(pentadbiran), Kota Kinabalu(pentadbiran dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron(pelancongan).
  3. Pembinaan pusat pengajian tinggi spt di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi juga telah menarik tumpuan penduduk di kawasan tersebut.


Dasar Kerajaan/Goverman

  1. Kerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sector perdagangan dan perindustrian.
  2. Antaranya- Dasar Perindustrian Negara(DPN) dan Dasar Pertanian Negara.
  3. DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yg menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian terancang.
  4. Contoh- Sungai Way, Telok Panglima Garang, Bayan Lepas, Perai, Jelapang, Kinta, Sama Jaya, Pasir Gudang, Telok Kalong, dan Kemaman.
  5. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan byk peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk.
  6. Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka kawasan baru untuk pertanian.
  7. Contoh- penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), beberapa kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di Terenggan.
  8. Perpindahan penduduk ke kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut.
  9. Pada zaman darurat(1948-1960) penduduk yg tinggal di pedalaman telah dipindahkan ke   kampong-kampung baru yang mewujudkan petempatan spt di Jinjang dan Berapit.


http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Kepadatan penduduk


  1. Merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi.
  2. Formula mengira kepadatan penduduk:

    Jumlah penduduk
     Kepadatan Penduduk= ----------------------
                                 Keluasan





http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Kawasan Berpenduduk PADAT,SEDERHANA,JARANG


Kawasan Berpenduduk Padat

  1. Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
  2. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysiaterutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.
  3. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh- hospital, institut pengajian tinggi
  4. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia).
  5. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.
  6. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.
  7. Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.


Kawasan Berpenduduk Sederhana

  1. Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
  2. Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar.
  3. Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini.
  4. Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-pekan kecil.
  5. Contoh kawasan:
a)      Beberapa bahagian dataran pantai barat spt Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin, Muar.
b)      Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di SemenanjungMalaysia.
c)      Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Liambang di Sarawak.
d)      Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan Keningau di Sabah.
e)      Kawasan rancangan kemajuan tanah spt Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor Tenggara, Kelantan Selatan.


Kawasan Berpenduduk Jarang

  1. Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
  2. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal spt kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  3. Kawasan berpaya juga berpendudk jarang spt di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.

http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Taburan Penduduk Negara Malaysia


  1. Jumlah penduduk Negara Malaysia kira-kira 23 juta orang.
  2. 79.7% tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% di Sabah dan 8.9% diSarawak.
  3. Taburan penduduk di Malaysia dibahagikan kepada berpendudukan padat, berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.
http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html